Blog

SUNGAI PETANI

during-night

SEJARAH NAMA SUNGAI PETANI

NAMA Bandar ini diambil daripada nama sungai, iaitu Sungai Petani, anak Sungai Merbok. Pada zaman dahulu,anak sungai itu dikenali dengan nama Sungai Bertanding, kononya kerana anak sungai tersebut setanding atau selari dengan satu anak Sungai Merbok yang lain. Jarak di antara dua anak sungai itu kira-kira 60 meter.

Nama ‘Petani’ mungkin berkaitan dengan daerah Pattani di Thailand. Pattani lahir daripada perkataan Sanskrit pathini yang bermaksud ‘perempuan yang suci’. ‘Pathini’ adalah gelaran yang diberikan kepada puteri Merong Maha Wangsa, puteri yang dikatakan cantik rupa parasnya dan mulia pekertinya. Puteri itu diangkat menjadi ratu yang disanjungi oleh penduduk di sana.

Ketika Kedah dikenali dengan nama Langkasuka, para pedagang selalu berulang-alik antara Lembah Merbok dan Pattani serta bahagian timur Semenanjung melalaui jalan darat. Jadi, tidak mustahil jika nama Petani itu dipinjam daripada gelaran ratu sanjungan tersebut.


LATAR BELAKANG

Sungai Petani (singkatan Sg. Petani atau “SP”) merupakan sebuah bandar perindustrian di negeri Kedah yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Sungai Petani ialah bandar kedua terbesar di Kedah selepas Alor Setar.

Sektor perumahan berkembang pesat di Sungai Petani. Semenjak tahun 1990-an, bandar Sungai Petani menerima pelaburan besar oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan. Taman Ria, Taman Ria Jaya, Taman Peruda, Taman Mutiara Indah, Taman Berlian merupakan perumahan terancang yang terawal di Sungai Petani. Menjelang tahun 1999 sehingga 2007, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar Aman Jaya, Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya, Bandar Sri Astana, Bandar Sri Cendana, Legenda Heights, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Hill Park dan Cinta Sayang Resort.

Bandar Sungai Petani sangat mudah dihubungi dengan jaringan jalan raya, jalan kereta api dan laluan udara. Dari ibu negara, Kuala Lumpur, perjalanan ke utara menuju Sungai Petani melalui lebuhraya utara selatan. Jalan Persekutuan turut menghubungkan Sungai Petani dengan beberapa bandar utama seperti Alor Setar, Butterworth dan Ipoh. Bagaimanapun, perjalanan melalui lebuhraya utara selatan lebih cepat dan selesa.

Sekiranya menaiki kereta api, anda boleh turun di stesen keretapi Sungai Petani yang terletak di pusat bandar. Jalan kereta api bermula dari Padang Besar, Perlis melalui bandar seperti Alor Setar, Gurun, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Butterwoth, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, Slim River, Tanjung Malim, Sungai Buloh dan Kuala Lumpur. Terdapat perjalanan terus dari Kuala Lumpur, Bangkok dan Hatyai melalui Sungai Petani.

Lapangan terbang terdekat dengan Sungai Petani ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang iaitu lebih kurang 45 km dari pusat bandar. Selain itu, terdapat satu lapangan terbang bagi laluan domestik di Alor Setar iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

 

 

Sumber : MPSPK

Sastria Hotel Sg Petani

  • sastria hotel front view
  • suite triple
  • deluxe queen
  • suite family
  • IMG_20190604_171108
  • IMG_20190604_170507
  • DSC_5795e
  • IMG_8339
  • DSC_5724e
  • DSC_5881e
  • P_20171203_132143
  • WhatsApp Image 2017-01-07 at 1.11.15 PM
  • P_20171203_132115
“Permulaan hari yang baik harus dimulakan dengan pilihan yang baik.
Melancong? Bekerja? Jika anda ingin melakukan 2 perkara ini di Sungai Petani , mestilah dimulakan dengan memilih tempat penginapan yang selesa dan harga yang berpatutan. Hari ini , kami ingin mempromosikan salah sebuah hotel bajet di Sungai Petani yang bernama #HOTELSASTRIA. Pernah dengar dengan nama hotel ini atau anda langsung tidak mengetahui tentangnya? Baiklah , kami dengan niat yang ikhlas ingin menceritakan serba sedikit tentang hotel ini bagi pembaca yang tidak mengenalinya.
#SastriaHotel terletak di No.28, Jalan Pahlawan, Taman Lagenda Indah , 08000 Sungai Petani , Kedah Darul Aman. Walaupun hotel ini nampak kecil berbanding hotel-hotel yang lain , tapi kami berjanji akan memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan. Hotel-hotel mewah mungkin menjadi pilihan utama namun kadang-kala servis yang diberikan tidak berbaloi dengan jumlah yang kita keluarkan. Tidakkah itu merugikan wang anda sendiri? Di sini , kami ingin sarankan Hotel Sastria yang murah tetapi mempunyai servis yang A+. Insyallah.
Sastriahotel menjadi pilihan pertama kepada pelancong kerana senang dan dekat dengan tempat makan. Hotel ini bersebelahan dengan sebuah Restoran #Hotmas yang sangat terkenal di Sungai Petani. Restoran ini mempunyai pelbagai makanan lazat seperti Chicken Chop , Grilled Chicken With Black Paper ,Lamb Chop, Nasi Goreng USA , Bihun Singapore dan banyak lagi. Pelbagai pilihan gerai makanan juga ada, berhadapan dengan Sastriahotel hanya walking distance sahaja.
Selain itu , Sastriahotel dekat dengan pusat membeli-belah seperti #VillageMall,#Tesco,#7E dengan hanya berjarak lebih kurang 1 km sahaja.#AmanjayaMall  dan Toll Utara Sungai Petani Hanya 3km sahaja dan Juga Karnivall Water Park, Cinta Sayang Golf Club dan IKM.

Lokasi Sastriahotel yang strategik tanpa perlu menghadap kesesakan lalulintas di pusat bandar kami juga menjadi pilihan para pelancong yang hendak ke Yan/Merbok/Uitm Merbok dengan Hanya jarak perjalanan 13km tanpa perlu masuk pusat bandar dan menghadap JEM jarak perjalanan dari SastriaHotel ke UITM Merbok lebih kurang dalam 20minit sahaja.

Kami mempunyai 8 jenis bilik untuk dipilih iaitu Single , Standard Room , Standard View , Superior , Deluxe Small , Deluxe Premier , Deluxe Family dan Seminar.
JENIS BILIK DAN HARGA UNTUK SEMALAM
Standard Single = RM60 (1 PERSON)
Standard Queen = RM75 (MAX. 2 PERSON)
Deluxe Queen = RM80 (MAX. 2 PERSON)
Superior Queen = RM90 (MAX. 2 PERSON)
Deluxe Twin = RM90 (MAX. 2 PERSON)
Suite Triple Small = RM110 (MAX. 3 PERSON)
Suite Triple Premier = RM120 (MAX. 3-4 PERSON)
Suite Family = RM130 (MAX. 4-5 PERSON)
Terkejut dengan Harga yang kami tawarkan? Sila Hubungi kami sekarang untuk tempahan secara percuma!!Whatsap pun boleh..
Your Comfort Is Our Concern”
#hotelbudgetsungaipetani,#hotelsungaipetani,#hotelsungaipetanikedah,#hotelkedah,#sungaipetanihotel,#budgethotelsungaipetani.